BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 5 August 2011

lyn lh,for fun je


Assalamualaikum, salam sejahtera.
Siapa dalam dunia ni tak bercinta? Bukan cinta monyet sebab kalau cinta monyet, budak sekolah rendah pun dah pandai bercinta.
Cinta yang aku maksudkan ialah cinta yang memerlukan komitmen yang tinggi dari sang pencinta. Cinta yang memerlukan pengorbanan diri dari pelbagai sudut. Cinta yang belum pasti memberi pulangan yang membahagiakan. Sudah dapat agak cinta yang mana?
Apa pasal aku bercerita tentang cinta pula kali ni?
Cinta adalah salah satu kemestian dalam hidup. Ya, aku pernah bercinta. Aku pernah mengharapkan cinta. Pernah mencintai tanpa balasan dan pernah bercinta dalam halangan. Rasanya tak perlu aku dedahkan satu persatu kisah-kisah di sebaliknya. Imaginasi mungkin diperlukan.Di masa aku mabuk dengan perasaan cinta, aku akui aku seorang yang agak jiwang dengan kata-kata puitis sering aku coretkan di sebuah buku nota. Ada 1 atau 2 menggambarkan kebahagian, selebihnya bab kehancuran hati, putus asa, hilang nikmat hidup dan banyak lagi ungkapan sedih.
Tapi semua kata-kata kononnya puitis dan syahdu itu adalah milik peribadiku. Bukan untuk tontonan umum. Jauh sekali aku coretkan untuk tujuan tertentu selain meluahkan isi hati semata-mata.
Aku tahu juga, lain orang lain cara dan keperibadiannya dan lain pula cara mengendalikan perasaan masing-masing. Namun tak perlu rasanya dicanangkan kepada seluruh dunia kalau hanya setakat putus cinta dan sebagainya. Sekali atau dua mungkin perkara biasa untuk dikongsikan tapi kalau sampai berpuluh-puluh kata-kata sedih dilontarkan, ramai yang pasti jemu terutama yang sudah kenal dan tahu hati budi.
Meluahkan perasaan adalah salah satu cara mengubati hati yang duka lara. Siapa tak sakit hati kalau tidak dihiraukan kekasih, bercinta bagai nak rak kemudian dikhianati. Itu aku setuju. Tapi biarlah kena dengan caranya. Menulis ayat yang menggambarkan kekecewaan biarlah berpada-pada. Bila acapkali diluahkan kepada umum, tanggapan sesetengah individu mungkin berubah ke arah negatif. Kita akan dianggap lemah dalam hidup. Sering berputus asa dan gagal mengawal emosi dengan baik. Adakah itu yang kita kehendaki?
Nasihat aku, beli sebuah buku nota kecil. Balut plastik biar cantik dan simpan baik-baik. Kalau ada sebarang perasaan yang ingin diluahkan, tulis saja dalam buku tersebut. Nak maki ke, nak tulis apa pun tak ada siapa yang tahu.
Kadang-kadang lakonan itu perlu, biar yang lain nampak kita biasa sahaja walaupun  dalam hati sedang sedih. Bimbang sifat negatif dalam diri yang sukar nak diubati tu boleh dikesan. Lagipulak kekasih je pun, bukan isteri lagi. Sekali petik 10 yang mari… itupun kalau hensem la icon mrgreen Kata kata Cinta Puitis Menggambarkan Kesedihan Untuk Meraih Simpati, Aku Sudah Jemu!

ps: artikel cintan-cintun berunsur nasihat yang sedikit kasar dan tidak berhati perut ni aku tujukan khas untuk seseorang yang sepanjang hidupnya aku kenali, mudah sangat hanyut dibuai cinta dan suka meraih simpati dengan kata-kata penuh puitis. Mungkin serampang 2 mata kot icon wink Kata kata Cinta Puitis Menggambarkan Kesedihan Untuk Meraih Simpati, Aku Sudah Jemu!

pss: pada pembaca yang lain, kalau terasa hati aku mohon maaf. harap boleh dijadikan panduan. Kalau tidak, anggap saja ianya seperti angin petang yang dingin, terasa tapi tidak meninggalkan bekas…

No comments: